Pusat rawatan lepas bersalin Pulau Pinang tiada lesen, kata exco


Looi Sue-Chern

Exco kerajaan tempatan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata, hanya sembilan pusat rawatan itu di Seberang Perai mempunyai lesen, manakala dua lagi di tanah besar dan 15 di pulau tidak mempunyai lesen.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2019

SIDANG Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu, kebanyakan pusat penjagaan ibu selepas bersalin di negeri itu tidak berlesen.

Exco kerajaan tempatan Jagdeep Singh Deo berkata, hanya sembilan pusat rawatan itu di Seberang Perai mempunyai lesen, manakala dua lagi di tanah besar dan 15 di pulau tidak mempunyai lesen.

Bagi mengawal aktiviti pusat rawatan tidak berlesen ini, beliau berkata pihak berkuasa tempatan akan mengeluarkan notis dan denda kepada mereka.

Beliau berkata sekiranya perlu, mereka akan dibawa ke mahkamah.

Jagdeep berkata Majlis Perbandaran Seberang Perai mempunyai garis panduan bagi pusat rawatan berkenaan.

“Kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), memikirkan untuk pusat rawatan lepas bersalin di pulau mengikut garis panduan yang digunakan untuk menukar rumah kepada tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan rumah orang-orang tua.

“Garis panduan itu dipinda pada Jun tahun lalu,” katanya, menjawab soalan brtuis daripada Lim Siew Khim (DAP-Sungai Pinang).

Lim bertanya berapa banyak pusat rawatan lepas bersalin yang berlesen dan tidak berlesen beroperasi di Pulau Pinang. Beliau turut bertanya sama ada pengendalinya perlu menjalani latihan khas dan bagaimana pihak berkuasa memastikan keselamatan premis ini.

Jagdeep berkata, tiada peratiran di negeri itu yang memerlukan pengendalinya menjalani sebarang latihan.

Beliau juga berkata kerajaan tidak memantau sebarang pusat rawatan lepas bersalin di negara ini. – 30 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen