Rakyat berhak soal kerajaan tetapi bukan menipu, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika tiba di mahkamah bagi pendengaran kes samannya terhadap pemimpin Gerakan negeri dan dua akhbar Cina hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 29 April, 2019.

BEKAS ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata semua orang berhak menyoal kerajaan, tetapi bukan berbohong mengenai pentadbiran.

Lim, yang kini menteri kewangan, berkata demikian ketika pendengaran saman fitnahnya terhadap pemimpin Gerakan Pulau Pinang dan dua akhbar Cina hari ini.

Beliau yang disoal balas oleh peguam Jason Loo, yang juga merupakan defendan pertama dalam pertuduhan itu, ketika ditanya apakah pembangkang atau mana-mana orang awam berhak mengajukan soalan kepada kerajaan negeri. Loo mewakili dirinya dalam kes itu.

“Semua orang berhak,” kata Lim semasa soal balas di mahkamah tinggi yang dipengerusikan oleh Hakim Rosilah Yop pagi ini.

Lim menyaman Loo, dan akhbar Cina The China Press Bhd dan Guang Ming Ribao berhubung kenyataan Loo mengenai penjualan tanah Lebuhraya Peel yang diterbitkan dalam dua akhbar itu pada 2017.

Dalam kenyataan samannya, Lim menuduh Loo, yang merupakan defendan dalam saman pertama dan defendan pertama dalam saman kedua dan ketiga, mengadakan sidang akhbar pada 29 Mei 2017, dan secara sengaja, cuai, palsu dan berniat jahat membuat kenyataan palsu dan memfitnah terhadapnya.

Tanah Lebuhraya Peel dijual kepada Island Hospital untuk projek pembesaran RM2 bilion yang menjadikan Pulau Pinang sebuah bandar perubatan. Pembangkang menyerang negeri itu atas jualan, yang melalui rundingan terus pada 2017.

Loo mempersoalkan penjualan tanah, mengapa dan bila ia dipindahkan kepada Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI), berapa banyak bidang tanah dipindahkan kepada CMI, di mana hasil penjualan tanah disimpan dan bagaimana keuntungan digunakan.

Semasa disoal, Lim bersetuju dengan Loo isu ini adalah kepentingan awam, dan orang ramai berhak untuk bertanya. – 29 April, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen