Pelan tambakan laut penting demi masa depan Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

Pulau Pinang mempunyai 3,290 hektar kawasan perindustrian yang melibatban pelbagai industri termasuk elektronik, automotif, sumber tenaga boleh diperbaharui, peralatan perubahan, aeroangkasa dan makanan halal. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 April, 2019.

PELAN kontroversi Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) mampu meningkatkan ekonomi, kata pelabur zon perindustrian Bayan Lepas, walaupun projek itu dikritik akan memusnahkan alam sekitar.

Projek PSR di kawasan kawasan persisiran pantai selatan Pulau Pinang terletak di kawasan perindustrian Bayan Lepas seluas 526 hektar dan ia merupakan satu-satunya kawasan perindustrian di pulau itu dan yang ketiga terbesar dalam negeri tersebut.

Pulau A seluas 930.7 hektar, merupakan yang terbesar antara tiga pulau yang akan ditambak dan akan digunakan bagi projek perindustrian dan kediaman, serta mengembangkan kawasan perindustrian Bayan Lepas.

Unit pelaburan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang membangunkan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas (FTZ) pada tahun 1972, berkata pengembangan itu “penting dan perlu” kerana syarikat multinasional yang sedia ada berusaha untuk mengembangkan operasi.

“(Menerusi pengembangan) PDC akan dapat membangunkan dan memulihkan semula zon perindustrian sedia ada untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan seperti keperluan, kemudahan dan perkhidmatan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), “kata Pengurus Besar PDC, Mohd Bazid Abd Kahar kepada The Malaysian Insight.

Agensi promosi pelaburan negeri, investPenang juga turut berharap Pulau A dapat mempromosikan Pulau Pinang sebagai pilihan destinasi pelaburan.

“Selama bertahun-tahun, kita menerima banyak permintaan untuk tapak di FTZ Bayan Lepas dari pelabur baharu dan pelabur sedia ada, tetapi tiada kekosongan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight.

Dalam kenyataannya, investPenang menyenaraikan kedudukannya yang dekat dengan lapangan terbang dan kestabilan pulau itu sebagai faktor ramai pelabur memilih Bayan Lepas.

Pulau Pinang mempunyai 3,290 hektar kawasan perindustrian yang melibatkan pelbagai industri termasuk elektronik, automotif, sumber tenaga boleh diperbaharui, peralatan perubahan, aeroangkasa dan makanan halal.

Pemain industri berkata projek kontroversi itu dapat mempromosikan Pulau Pinang sebagai pilihan destinasi pelaburan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 April, 2019.

Selain Bayan Lepas, kawasan industri lain adalah Prai (890 hektar), Batu Kawan (607 hektar), Bukit Minyak (437 hektar), Taman Sains Pulau Pinang (404.6 hektar), Bukit Tengah (242.8 hektar), Mak Mandin (101.1 hektar) and Seberang Jaya (80.9 hektar). 

InvestPenang berkata hanya kawasan perindustrian baharu Batu Kawan dan Taman Sains Pulau Pinang masih mempunyai kekosongan.

“Kita menjangkakan kedudukan tiga pulau (PSR) dan hubungan ke Batu Kawan (melalui Jambatan Kedua) juga mewujudkan satu ekosistem yang membawa pembangunan lanjut di tanah besar.

“Tiada istilah salah atau betul tetapi sebagai negeri mesra pelabur, kita akan cuba memenuhi permintaan pelabur selagi mampu bagi mengelakkan mereka beralih kepada pesaing kita,” kata agensi itu. – 29 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen