Mengapa sultan bantah Statut Rom, soal panelis forum


Sheridan Mahavera Lee Chi Leong Mikha Chan

Ahli akademik, Dr Syed Husin Ali (berdiri) mempersoalkan apakah bantahan itu disebabkan tuduhan di media sosial bahawa keluarga diraja di negeri selatan tanahair itu disiasat atas kesalahan jenayah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 27 April, 2019.

SEORANG sultan dari “sebuah negeri di selatan tanahair” menjadi topik perbincangan pada forum mengenai Statut Rom di Kuala Lumpur hari ini, dipersoalkan oleh panelis apakah motif sultan yang tidak dinamakan itu menentang perjanjian antarabangsa tersebut.

Ahli akademik, Dr Syed Husin Ali mempersoalkan apakah bantahan itu disebabkan tuduhan di media sosial bahawa keluarga diraja itu disiasat atas kesalahan jenayah.

Walaupun tidak dinamakan, hadirin forum seperti tahu siapakah orang yang dimaksudkan memandangkan beliau sentiasa vokal dan membantah rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Statut Rom.

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini secara terbuka mengkritik perjanjian antarabangsa itu yang menurutnya akan menyebabkan kedudukan raja-raja Melayu dan Islam tidak lagi relevan jika ia ditandatangani.

Pada forum hari ini, pakar undang-undang dan hal ehwal luar negeri berkata semua bantahan terhadap Statut Rom adalah tidak berasas kerana raja-raja Melayu tidak bertanggungjawab atas tindakan kerajaan yang dipilih. 

Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga tidak berkuasa ke atas kedudukan orang Melayu atau Islam.

Bekas diplomat dan ahli kumpulan G25 Noor Farida Ariffin juga mendedahkan bagaimana Kabinet kerajaan Barisan Nasional dahulu tidak membantah perjanjian tersebut dan beliau sendiri mengetuai usaha Wisma Putra semasa itu untuk melaksanakannya. – 27 April, 2019.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen