EMPAT terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah pasar telefon bimbit di tenggara Afghanistan pada Ahad, kata pihak berkuasa dalam serangan terbaru di negara bergolak itu.
Letupan terbabit berlaku selepas kerajaan Afghanistan merancang untuk melengkapkan 20,000 orang awam dengan senjata api untuk menentang Taliban dan kumpulan pemberontak lain yang menguasai kawasan itu sejak pasukan tentera NATO yang diketuai Ameria Syarikat meninggalkan negara itu pada 2014.
“Letupan itu berlaku pada waktu tengah hari di pasar yang menjadi tempat orang ramai memuat turun lagu dan video ke telefon bimbit mereka,” kata ketua polis daerah Khost Faizullah Khairat kepada AFP.
Menurutnya, letupan itu berpunca daripada “bom kawalan jauh”.
Pengarah jabatan kesihatan Khost Habib Shah Ansari mengesahkan empat orang terbunuh dan berkata lebih 12 orang lagi cedera dan dihantar ke hospital.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu namun di daerah bersepadan dengan Pakistan kini dikuasai Taliban.
Muzik merupakan antara bentuk hiburan yang dilarang keras ketika pemerintahan Taliban pada 1996-2001 dan militan sebelum ini kerap menyerang pasar seperti itu. – AFP, 17 September, 2017.
Komen