Jangan bina banyak jalan, kata perancang bandar Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

Kerajaan negeri menganggarkan penduduk Pulau Pinang akan bertambah 1.5% ke 2.5% tahunan dan mencapai 2.3 juta penduduk menjelang 2030. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 April, 2019.

KRITIKAN yang tidak berkesudahan terhadap rancangan kerajaan negeri untuk membina lebih banyak lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang bukan jalan penyelesaian jangka panjang, kata perancang bandar.

Sebaliknya apa yang diperlukan oleh pulau itu adalah sistem pengangkutan awam yang cekap, boleh diakses dan mampu dimiliki, kata mereka.

Pensyarah Sistem Pengangkutan, Perancangan Lalu Lintas dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) Universiti Sains Malaysia (USM) Abdul Ghapar Othman berkata, dengan membina lebih banyak jalan raya, kesesakan lalu lintas hanya akan berkurang dalam tempoh singkat tetapi akhirnya menambahkan lagi penggunaan kenderaan persendirian.

Beliau berkata, nisbah bilangan kereta di jalan raya bertambah yang bermaksud panjang jalan per kereta telah menyusut menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

“Kami mempunyai lebih banyak jalan (panjang) dari kereta sebelum ini. Sekarang sebaliknya berlaku. Dengan kesesakan, anda juga mengurangkan kelajuan perjalanan,” katanya.

Pada masa ini, terdapat lebih banyak kereta dan motosikal berbanding penduduk di Pulau Pinang.

Pada 2017, jumlah penduduk Pulau Pinang berjumlah kira-kira 1.7 juta tetapi terdapat 2,539,129 nombor kenderaan persendirian.

Terdapat 1,408,528 motosikal dan 1,130,601 kereta.

Kerajaan negeri menganggarkan penduduk akan bertambah 1.5% ke 2.5% tahunan dan mencapai 2.3 juta penduduk menjelang 2030.

Untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk akibat pertambahan penduduk dan kenderaan sejak kebelakangan ini, kerajaan memperkenalkan Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau Pinang (PTMP) yang menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Rancangan itu mencadangkan lebuh raya baharu, jalan pintas, terowong bawah laut, sistem LRT, monorel, trem, BRT dan ‘sky cab’ antara pulau dan tanah besar.

Setakat ini, Pulau Pinang telah memperoleh kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang bersyarat termasuk Pan Island Link 1 (PIL1). – 25 April, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen