Zahid nafi PM akan umum pembubaran Parlimen


TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menafikan perdana menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini.

Menurut tweet oleh Berita Harian, Zahid menggesa semua pihak menunggu pengumuman itu dan tidak mempercayai berita palsu.

Zahid memendekkan lawatan kerja beliau ke Perlis untuk menghadiri sidang akhbar di mana Najib dijadualkan membuat pengumuman khas di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada jam 4.45 petang hari ini.

Sidang akhbar itu dijangka dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi Umno, menteri besar dan ketua menteri.

Ia mencetus spekulasi yang Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan tidak mungkin berlakunya pembubaran kerana ia dilihat bercanggah daripada amalan biasa. Pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 sebelum ini diumumkan di Jabatan Perdana Menteri di hadapan menteri Kabinet. – 17 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen