Sektor swasta perlu tingkat pelaburan untuk rangsang ekonomi


Sheridan Mahavera

Lee Heng Guie dari Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERC) berkata sektor swasta perlu mula berbelanja lebih untuk memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 23 April, 2019.

DUA projek mega yang akan diteruskan baru-baru ini akan menjadi perangsang yang amat diperlukan bagi ekonomi negara tahun ini, kata ahli ekonomi.

Bagaimanapun, Lee Heng Guie dari Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERC) berkata sektor swasta perlu mula berbelanja lebih untuk memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara.

Penerusan projek Bandar Malaysia dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan membantu mengurangkan kesan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Dua faktor luaran ini melembabkan sentimen pelabur swasta sehingga pertumbuhan pelaburan perlahan kepada 4.5% pada 2018 berbanding 9.3% pada 2017.

“Kerajaan sebagai pembuat dasar perlu menjadi pemudah cara bagi sektor perniagaan. Kedua-dua projek berkenaan akan membantu meningkatkan sentimen tetapi (sektor swasta) tidak boleh terus bergantung kepada projek-projek besar ini,” kata Lee kepada pemberita pada majlis SERC hari ini.

Kerajaan mengumumkan projek ECRL akan diteruskan kos baru yang lebih rendah iaitu RM44 bilion. Kontrak baru bagi laluan kereta api sepanjang 648km itu meningkatkan penglibatan syarikat tempatan daripada 305 ke 40%. – 23 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen