.jpg)
HASRAT kerajaan untuk membangunkan tanah Kampong Baru secara bersepadu dan terancang adalah sesuatu yang sangat baik demi masa depan imej kawasan itu.
Segala perancangan yang disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad adalah sesuatu yang sangat positif dalam merealisasikan impian untuk melihat Kampung Baru dimajukan.
Tentunya cadangan ini menepati matlamat untuk melihat kawasan tersebut dibangunkan secara menyeluruh dan bukannya secara terpencil oleh sesetengah kelompok pemilik.
Pembangunan secara menyeluruh dan terancang akan lebih mudah dilaksanakan berbanding perancangan yang hanya melibatkan sesetengah kelompok kecil pemilik tanah.
Namun segala rundingan dan cadangan pembangunan, haruslah melibatkan para pemilik tanah secara terus tanpa melibatkan badan-badan yang mengaku mewakili mereka.
Rundingan secara terus antara kerajaan dan para pemilik tanah, akan memudahkan lagi kerajaan mengenal pasti hasrat sebenar para pemilik.
Saya yakin rata-rata para pemilik ingin melihat tanah mereka dimajukan. Tawaran yang baik dengan membawa manfaat secara bersama akan menarik minat mereka untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk pembangunan.
Justeru, segala tawaran dan keuntungan dimasa hadapan haruslah dibincang secara dua hala demi mencapai kata muafakat untuk melihat Kampung Baru dimajukan. – 23 April, 2019.
* Syed Badli Shah Syed Osman adalah ahli Majlis Penasihat Perbadanan Kampung Baru dan naib ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen