Polis Britain serbu sebuah rumah berhubung kes bom kereta api


Polis Britain mempertingkatkan kawalan keselamatan di Parsons Green susulan kejadian pengeboman kereta api bawah tanah yang menyebabkan 30 orang cedera.– Gambar EPA, 16 September, 2017.

POLIS Britain menyerbu sebuah rumah berhampiran London pada Sabtu beberapa jam selepas membuat tangkapan pertama dalam siasatan kejadian bom kereta api semalam.

Seorang lelaki berusia 18 tahun ditahan berhampiran pelabuhan Dover, salah satu rangkaian utama ke Eropah, dan polis menyifatkan tangkapan itu sebagai signifikan.

Mereka kemudiannya mengumumkan serbuan sedang dijalankan.

“Polis mengosongkan dan memeriksa satu alamat kediaman di Sunburry, Surrey,” menurut satu kenyataan.

Seramai 30 orang tercedera selepas bom diletupkan di dalam kereta api bawah tanah yang sarat dengan penumpang pada pagi Jumaat, merupakan serangan pengganas keenam di Britain dalam tempoh enam bulan.

Alat letupan yang diubahsuai dalam kereta api di stesen kereta api Parsons Green – sebuah daerah kediaman mewah – gagal meletup sepenuhnya, menurut laporan media.

Namun letupan yang berlaku cukup untuk menyebabkan penumpang mengalami kecederaan melecur dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan penumpang lain. – AFP, 16 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen