Hentikan sumbangan dana politik, gesa ahli perniagaan


Alfian Z.M. Tahir

Pengerusi Country Heights Holding Lee Kim Yew berkata rakyat tidak boleh terima alasan kerajaan jika mereka tidak serius memerangi rasuah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 21 April, 2019.

PUTRAJAYA digesa untuk menghentikan semua bentuk sumbangan dana politik jika mahu memerangi rasuah, kata Lee Kim Yew.

Pengerusi Country Heights Holding itu berkata sumbangan dana politik merupakan ibu segala rasuah.

“Kita boleh terima alasan kerajaan jika mereka mendapati masih sukar untuk memperbaiki sistem pendidikan atau pembangunan kita.

“Tetapi kita tidak boleh terima alasan kerajaan jika mereka tidak serius memerangi rasuah.

“Kerajaan perlu menamatkan dana politik yang merupakan ibu rasuah. Jika kita tidak boleh menghapuskan rasuah, kita tidak boleh menghapuskan masalah lain,” kata ahli perniagaan itu pada sesi hi-tea yang dianjurkan oleh Patriot.

Lee, yang merupakan sekutu rapat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, berkata kepada hadiri bahawa negara perlu bersyukur kerana memiliki semula pemimpin berusia 93 tahun itu.

Beliau turut mengimbas kembali bagaimana kebimbangannya tentang masa depan Malaysia sebelum kemenangan pilihan raya pada Mei 2018 dan bertemu dengan Dr Mahathir beberapa kali untuk membincangkan masa depan negara.

“Ketika 2015, saya mengetahui masalah yang berlaku di negara kita (skandal 1MDB). Pada 2017, saya ditakut-takutkan dengan AMLA. Pada masa yang sama, saya berasa perlu melakukan sesuatu. Saya bertemu Dr Mahathir dan saya juga berkerja rapat dengan Patriot.

“Kami tampil dengan Form Patriotik Jalur Gemilang dan Forum Aspirasi Rakyat pada 21 April 2018 beberapa minggu sebelum pilihan raya dan rakyat negara ini bersuara bahawa mereka tidak mahu melihat rejim yang korup,” katanya.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen