Suspek pertama pengeboman kereta api bawah tanah London ditahan


Anggota polis dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung letupan bom di stesen kereta api Parsons Green. – Gambar EPA, 16 September, 2017.

POLIS Britain menahan seorang lelaki berusia 18 tahun pada Sabtu yang disyaki mempunyai kaitan dengan siasatan mereka dalam kejadian pengeboman kereta api bawah tanah London.

“Lelaki berusia 18 tahun itu ditahan oleh polis Kent di kawasan pelabuhan Dover pagi ini, Sabtu 16 September, di bawah Seksyen 41 Akta Keganasan,” kata polis dalam satu kenyataan dan menyifatkan penahan itu sebagai signifikan.

Dalam kejadian itu semalam,  22 orang dilaporkan cedera selepas bom diletupkan dalam kereta api bawah tanah di London ketika waktu puncak pada Jumaat yang disifatkan polis sebagai “insiden penganas”.

Saksi dilaporkan melihat penumpang kereta api terbabit diselubungi darah dan mengalami lecur di bahagian muka ketika turun di stesen Parsons Green di barat London selepas letupan itu.

“Kira-kira 8.20 pagi ini di stesen Parsons Green berlaku letupan dalam kereta api bawah tanah. Kami percaya ia adalah letupan bom buatan sendiri,” kata ketua polis bahagian anti keganasan Mark Rowley. – AFP, 16 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen