Bangladesh akan bina 14,000 tempat perlindungan untuk pelarian Rohingya


Sebahagian daripada pelarian Rohingya mendirikan khemah sebagai tempat perlindungan di kem pelarian Kutupalong, Teknaf, Bangladesh. – Gambar EPA, 16 September, 2017.

BANGLADESH akan membina 14,000 tempat perlindungan bagi menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya yang berkhemah di tepi jalan, padang dan kawasan bukit, kata pihak berkuasa negara itu pada Sabtu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hampir 400,000 pelarian Rohingya tiba di Bangladesh sejak 25 Ogos lalu selepas  melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar yang melancarkan serangan ke atas pemberontak Rohingya.

Pihak berkuasa Bangladesh berkata mereka akan membina kem yang besar di kawasan seluar 2,000 ekar (800 hektar) berhampiran kem pelarian Rohingya yang sefdia ada di Kutupalong di Cox Bazar, yang bersempadan dengan Myanmar.

“Kerajaan memutuskan untuk membina 14,000 tempat perlindungan kepada 400,000 Rohingya,” kata Setiausaha Pengurusan Bencana Bangladesh Shah Kamal kepada AFP.

“Kami diarahkan untuk membina tempat perlindungan ini dalam masa 10 hari. Setiap tempat perlindungan akan menempatkan enam keluarga pelarian,” katanya dan menambah kem terbabit akan dilengkapi kemudahan perubatan, air dan kemudahan sanitasi.

“Kita akan meminta bantuan agensi PBB,” katanya.  

 Agensi kebajikan sosial kerajaan itu akan menjaga kanak-kanak Rohingya yang kehilangan ibu bapa dalam kekejaman itu atau tiba tanpa penjaga di Bangladesh.

Pakar hak asasi tempatan turut membidas kerajaan berikutan pengurusan pusat perlindungan yang kelam kabut, dan berkata pergaduhan akan berlaku setiap kali lori membawa bantuan bekalan tiba. Koresponden AFP di lokasi juga pernah menyaksikan insiden itu.

“Pelarian masih lagi bertali arus masuk ke negara ini. Namun tiada sebarang cubaan untuk mendisiplinkan mereka dan menguruskan bantuan dengan baik. Kurang koordinasi yang baik dalam kalangan kerajaan dan agensinya,” kata Nur Khan Liton.

“Masih ramai lagi yang tingal di tepi jalan secara terbuka. Ada yang sempat membina khemah, yan lain hanya tidur di bawah langit terbuka.”

Kemungkinan penularan penyakit akan menjadi bahaya seterusnya yang mana seorang kanak-kanak Rohingya meninggal dunia akibat cirit birit.

“Phak berkuasa perlu lebih bertindak dengan lebih pantas sebeum ia menjadi wabak.” – AFP, 16 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen