KEKUATAN ribut tropikal Norma sudah mencapai tahap taufan di pesisir Pasifik Mexico lewat semalam, hanya beberapa jam selepas ia dilanda ribut tropika Max.
Norma dijangka bergerak ke arah kawasan peranginan Los Cabos, menurut Pusat Taufan Nasional Amerika Syarikat (NHC) di Miami.
Pada jam 0300 GMT, Norma berada pada 435km selatan Cabo San Lucas dengan kelajuan 120kph. Ia dijangka meningkat beberapa hari lagi, kata NHC.
Selepas membadai pantai Pasifik Mexico sebagai taufan Kategori Satu, Max menurun kepada ribut tropika pada Khamis. – AFP, 16 September, 2017.
Komen