Laporan EIA kedua projek tambak laut dipapar 29 Mei ini


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, kerajaan akan meletakkan paparan awam kedua bagi laporan penilaian impak alam sekitar projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) pada 29 April ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 19 April, 2019.

KERAJAAN akan meletakkan paparan awam kedua bagi laporan penilaian impak alam sekitar projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) pada 29 April, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Paparan umum akan berlangsung selama sebulan di 10 lokasi terpilih yang akan diumumkan kemudian untuk memberitahu masyarakat mengenai projek berkenaan dan mengumpulkan maklum balas.  

Chow berkata, kerajaan negeri akan meletakkan iklan untuk memaklumkan orang ramai mengenai paparan awam itu.  

Beliau berkata, paparan kedua dipanggil selepas laporan EIA pertama ditolak pada 2017.  

Laporan pertama ditolak apabila penilaian kesan perikanan (FIA) yang merupakan sebahagian daripada EIA tidak siap.

Kerajaan negeri menghantar semula FIA dan membuat rundingan dengan Jabatan Perundingan.  

Kerajaan negeri kini sedang menunggu komen jabatan mengenai langkah penebusan tambahan yang dicadangkan berdasarkan keperluan jabatan.

“Selepas paparan awam, kami akan menyertakan maklum balas orang ramai dan cadangan bagaimana menangani isu yang dibangkitkan dalam laporan EIA yang dikemas kini.

“Laporan itu akan dikembalikan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan,” katanya.

Projek PSR adalah projek besar yang melibatkan penambakan tiga pulau berukuran 1,821 hektar secara keseluruhannya di selatan pantai Pulau Pinang.

Tanah itu akan dilelong untuk menjana dana membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.  

Semalam projek PSR dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Chow berkata, majlis itu bersetuju dengan pelaksanaan projek itu tertakluk kepada pematuhan cadangan atau nasihat oleh NPPC.

Kumpulan NGO di Pulau Pinang membantah projek PSR itu yang akan memberi kesan negatif terhadap alam sekitar terutama kawasan pantai. – 19 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen