Eksport, import Malaysia dijangka pulih Jun ini, kata menteri


Sheridan Mahavera Lee Chi Leong

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking berkata, eksport dan import Malaysia dijangka kembali normal pada pertengahan tahun ini selepas berlaku penurunan harga pada Februari lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 April, 2019.

EKSPORT dan import Malaysia dijangka kembali normal pada pertengahan tahun ini selepas berlaku penurunan harga pada Februari lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking.

Katanya, kejatuhan import dan eksport pada awal 2019 disebabkan sambutan Tahun Baharu Cina. 

“Tahun Baharu Cina jatuh pada Februari dan banyak pengimport tidak membuat tempahan kerana sudah membuatnya lebih awal,” katanya.  

Eksport menurun sebanyak 5.3% berbanding tahun lepas kepada RM66.6 bilion pada Februari, yang terendah sejak Ogos 2016.

Ini disebabkan oleh penurunan eksport minyak sawit, produk berasaskan minyak sawit, produk petroleum yang ditapis dan minyak mentah.  

Sementara itu import juga merosot sebanyak 9.4% kepada RM55.5 bilion, paras terendah sejak Mei 2016.

Pakar telah memberi amaran bahawa penurunan ini menandakan ekonomi global yang perlahan memberi kesan kepada industri berorientasikan eksport negara seperti pembuatan, minyak dan gas serta komoditi.

Leiking bagaimanapun berkata, corak itu adalah normal dan kedua-dua import serta eksport kemungkinan akan melambung pada Jun.  

Beliau menambah, kejatuhan import juga boleh meningkatkan permintaan produk tempatan.

“Apabila import jatuh, Malaysian akan mencari produk tempatan untuk menampung kerugian,” katanya. – 18 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen