Tidak perlu gantung projek Zenith, kata KM Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sudah menyelesaikan siasatannya terhadap Zenith dan pengerusinya Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung kes rasuah RM19 juta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2019

KERAJAAN Pulau Pinang hari ini menolak permintaan untuk menggantung projek infrastruktur oleh Consortium Zenith Sdn Bhd yang dikaitkan dengan kes rasuah RM19 juta melibatkan seorang ahli perniagaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sudah menyelesaikan siasatannya terhadap Zenith dan pengerusinya Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung kes itu.  

“Zarul sebelum ini mengumumkan dia dan Zenith menerima surat daripada SPRM memberitahu tidak ada tindakan diambil (terhadap mereka) selepas siasatan selesai.

“Dengan itu, soalan (menggantung projek Zenith) tidak timbul kecuali SPRM berpendapat ia perlu meneruskan siasatannya.

“Tetapi SPRM sudah menghantar surat dan tiada tuduhan difailkan terhadapnya. Sejauh yang kita (Pulau Pinang) bimbang, kes itu dianggap sudah tutup,” katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.  

Kes tuntuan rasuah berlaku pada 2017 apabila ahli perniagaan M G Gnanaraja didakwa menipu Zarul untuk membayarnya RM19 juta.  

Gnanaraja memberitahu bos Zenith bahawa dia boleh menyelesaikan siasatan SPRM ke atas projek terowong bawah laut dan tiga projek utama yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Projek tersebut telah disiasat oleh SPRM beberapa kali pada tahun kebelakangan ini ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

Pemimpin BN kritikal terhadap projek terowong dikawal oleh DAP yang memerintah kerajaan Pulau Pinang. – 17 April, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen