Paparkan syarat kelulusan PIL1 dalam talian, kata kumpulan sivil


Looi Sue-Chern

Terdahulu hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada sidang media mendedahkan 56 syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 16 April, 2019.

SELAIN memberitahu 56 syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kelulusan projek Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL 1) kepada media, kerajaan Pulau Pinang juga perlu mendedahkan maklumat tersebut dalam talian.

Khoo Salma Nasution dari Penang Forum berkata syarat-syarat itu perlu didedahkan dalam talian untuk makluman orang ramai.

“Saya fikir itu akan diamalkan di mana-mana bandar. Syarat-syarat berkenaan adalah garis panduan untuk menangani isu-isu keselamatan dan kesan pembangunan. Itu bukan sesuatu yang mesti dirahsiakan,” beliau memberitahu The Malaysian Insight petang tadi.

Terdahulu hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada sidang media mendedahkan 56 syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar itu. 

Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang semalam menggesa Chow mendedahkannya kepada umum selepas ketua menteri itu mengumumkan projek PIL1 mendapat kelulusan bersyarat dari Jabatan Alam Sekitar.

PILI1, iaitu sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), dianggarkan bernilai RM7 bilion. Projek berkenaan mendapat bantahan kumpulan alam sekitar.

Mereka turut mendakwa projek itu tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di negeri itu. – 16 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen