Projek PIL1 tak membazir, kata KM Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menafikan dakwaan Sahabat Alam Malaysia dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang bahawa projek berkenaan bukan penyelesaian jangka panjang bagi masalah kesesakan lalu lintas di negeri itu malah hanya membazirkan wang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 16 April, 2019.

KERAJAAN negeri Pulau Pinang sekali mempertahankan projek Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL 1) selepas mendapat bantahan kumpulan sivil yang menyifatkan ia satu pembaziran.

PILI1, sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), dianggarkan bernilai RM7 bilion.

Semalam, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata projek berkenaan bukan penyelesaian jangka panjang bagi masalah kesesakan lalu lintas di negeri itu. Projek itu juga hanya membazirkan wang, kata mereka.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Chow Kon Yeow menafikan dakwaan tersebut.

“Itu hanya komen dari satu pihak, berbanding dengan semua kajian yang dijalankan oleh perunding projek. Semua kerja-kerja projek akan dijalankan bersesuaian dengan syarat yang sudah ditetapkan.

“Jika kerajaan negeri terus menyerah kalah (terhadap kritikan ke atas PIL1) dan tak bina lebuh raya, bolehkah anda bayangkan masalah kesesakan lalu lintas pada 2025, 2030 dan seterusnya?” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bukit Bendera, hari ini.

Ketua menteri itu semalam mengumumkan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi PIL1 mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar pada minggu lepas berserta dengan 56 syarat yang perlu dipatuhi.

Lebuh raya tanpa tol sepanjang 19.5km itu akan menghubungkan bahagian utara Pulau Pinang di Persiaran Gurney dengan bahagian selatan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat kawasan perindustrian Bayan Lepas 4. – 16 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen