Kerajaan Pulau Pinang didesak dedah 56 syarat bina lebuh raya


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow meninjukkan pelan pembinaan projek Pan Island Link 1 di George Town hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019.

LIMA puluh enam syarat yang dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai kelulusan penilaian kesan alam sekitar bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Island (PIL1) harus didedahkan, kata pemimpin masyarakat sivil Pulau Pinang.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui berkata syarat itu perlu didedahkan supaya rakyat sedar mengenainya.

“Negeri boleh memaparkannya secara dalam talian, jadi mereka yang mempunyai pengetahuan teknikal boleh mengkaji dan memberikan kritikan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pagi ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengumumkan EIA bagi PIL1 mendapat kelulusan bersyarat daripada DoE.

Mengenai 56 syarat yang dikenakan, beliau berkata projek itu memerlukan pelan pengurusan alam sekitar (EMP), antara lain untuk memastikan langkah diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat setempat bagi lebuh raya yang sedang dalam pembinaan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menyenaraikan syarat secara terperinci, dengan mengatakan kebanyakannya adalah teknikal.

“Kerajaan negeri harus memberitahu kami mengenai syarat itu. Ia adalah kerajaan CAT (kompeten, bertanggungjawab dan telus), bukan tikus,” kata Lim, merujuk mantra pentadbiran Pulau Pinang.

Beliau turut mempersoalkan sama ada perunding akan membuat reka bentuk terperinci lebuh raya sementara EMP sedang disediakan.

“Apa prosesnya? Oleh kerana reka bentuk terperinci adalah mahal, mungkin mereka harus menangguhkan dan membolehkan EMP disedia dan diluluskan terlebih dahulu untuk mengelakkan pembaziran wang.”

Penyokong pemuliharaan warisan Pulau Pinang, Khoo Salma Nasution berkata dengan semangat ketelusan dalam “Malaysia Baharu”, semua syarat itu perlu diumumkan. – 15 April, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen