GPS mungkin bawa Perjanjian Malaysia ke mahkamah


Desmond Davidson

RUU untuk meminda Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak sama rata Sarawak dan Sabah gagal mendapat sokongan dua pertiga 222 ahli Parlimen, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 April, 2019.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) akan berbincang untuk menggunakan Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963 jika perbincangan yang sedang berjalan dalam jawatankuasa khas Kabinet tentang perjanjian itu tidak mengikut cara Sarawak, kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ahli Parlimen Santubong itu berkata buat masa ini Artikel 8 tidak digunakan, walaupun sebahagian organisasi persatuan sivil mendesak kerajaan Sarawak menggunakannya.

Artikel 8 memberikan tiga penandatangan persekutuan Malaysia hak untuk mengambil “tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain yang mungkin diperlukan” bagi melaksanakan apa yang dipersetujui dan disyorkan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1963 jika mereka ia tidak melaksanakan “oleh peruntukan ekspres” dalam perlembagaan persekutuan.

“Kita akan lihat dalam enam atau tujuh bulan bila jawatankuasa khas Kabinet tentang MA63, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, habis berbincang,” kata naib presiden PBB itu.

Ketua menteri Sabah dan Sarawak ialah ahli jawatankuasa itu.

Kumpulan hak asasi negeri dan aktivis melihat jawatankuasa khas Kabinet itu sebagai pilihan terakhir jika yang lain gagal mengembalikan hak sama rata Sabah dan Sarawak dalam persekutuan.

“Ia tidak pernah dibincangkan,” kata Wan Junaidi, salah seorang ahli Parlimen kanan GPS, ketika ditanya adakah mereka mempertimbangkan pilihan itu tentang bagaimana untuk meneruskan cubaan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata GPS akan berbincang untuk menggunakan Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 April, 2019.

Rang undang-undang untuk meminda Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan gagal mendapat sokongan dua pertiga 222 ahli Parlimen.

Bekas menteri sumber asli dan alam sekitar itu berkata ahli Parlimen GPS tidak mahu “mendahului keikhlasan orang di semenanjung” dengan membincangkan artikel itu.

“Kami tidak mahu merendahkan keikhlasan mereka tetapi pada masa sama memberikan kami hak kami.

“Cuma, jangan kecewakan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Lain kali mereka (kerajaan persekutuan) bawa (RUU baharu), ia perlu mencerminkan sedikit pada MA63.” – 15 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen