Lindungi pemberi maklumat agenda pengerusi Transparency International baharu


Mikha Chan

Presiden baharu TI-M Muhammad Mohan berkata antara projek semasa akan diteruskan ialah cadangan memperkuat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan membuat pindaan menangani pertentangan Akta Rahsia Rasmi 1972. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 16 April, 2019.

SEBAGAI presiden baharu Transparency International Malaysia (TI-M) Muhammad Mohan berkata matlamatnya adalah untuk memantau kerja yang dimulakan sebelum ini dalam membantu mewujudkan sistem yang kukuh.

Ia bagi menggalakkan integriti dan kejujuran dalam perkhidmatan awam serta korporat.

Beliau berkata salah satu projek semasa TI-M yang akan diteruskan adalah cadangan untuk memperkuat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan membuat pindaan menangani pertentangan Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Walaupun mempunyai tindakan perlindungan, terdapat banyak jurang dalam pelaksanaannya,” kata Muhammad dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insight.

“Dalam beberapa kes, ada peruntukkan dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.

“(Jadi) apa yang berlaku apabila seseorang mendedahkan sesuatu tetapi melanggar Akta Rahsia Rasmi? Ramai yang menyedari hal ini tapi tiada siapa mahu tampil ke depan,” katanya.

Muhammad berkata TI-M menawarkan untuk membantu kerajaan merumuskan pindaan yang perlu dalam akta tersebut.

Muhammad merupakan pensyarah di Universiti Sunway dan bekerja sebagai perunding pengurusan sebelum mengambil alih jawatan presiden TI-M yang sebelum ini dipegang oleh Akhbar Satar.

Beliau menjadi ahli jawatankuasa eksekutif TI-M sejak 2013 dan merupakan setiausaha agung kumpulan sebelum dilantik sebagai presiden.

Muhammad berkata TI-M juga berharap dapat meningkatkan usaha mendidik orang ramai mengenai hak mereka dalam memerangi rasuah kerana masih ramai tidak menyedari undang-undang dibuat untuk melindungi mereka. – 16 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen