INSIDEN tembakan di sebuah bandaraya Australia pada Ahad menyebabkan beberapa mangsa terlibat, kata polis namun media tempatan melaporkan tiada kemalangan jiwa dalam insiden itu.
Pasukan penyiasat percaya beberapa orang mangsa ditembak di luar kelab malam berhampiran Little Chapel Street dan Malvern Road kira-kira pukul 3.20 pagi,” kata polis Victoria dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun pihak berkuasa berkenaan tidak mendedahkan butiran lanjut dan keadaan mangsa, tetapi menyatakan kejadian tembakan itu berlaku di daerah Prahran di Melbourne.
Media tempatan melaporkan terdapat tiga atau empat mangsa terlibat.
“Jumlah sebenar mangsa masih dalam siasatan,” kata polis.
Insiden tembakan jarang berlaku di Australia, yang mana undang-undang senjata api yang ketat diperkenalkan selepas 35 orang terbunuh pada 1996 dalam kejadian tembakan di Pelabuhan Arthur, Tasmania. – AFP, 14 April, 2019
Komen