UUM berautonomi jelaskan kelulusan ceramah Zakir Naik, kata timbalan menteri


Program bertajuk Duty of a Muslim as a Professional dijadualkan berlangsung pada 18 April bermula jam 8.30 hingga 11.30 malam. – Gambar The Malaysian Insight, 11 April, 2019.

UNIVERSITI Utara Malaysia mempunyai autonomi untuk menjawap mengapa ia membenarkan penceramah kontroversi Zakir Naik mengadakan program dalam kampus minggu depan, kata Teo Nie Ching.

“Ia untuk universiti jawab. Sebahagian autonomi mereka,” kata timbalan menteri pendidikan di lobi Parlimen hari ini.

Menurut poster program yang tular, Zakir yang dihendaki pihak berkuasa India dijadualkan bercakap di Dewan Muadzam Shah, UUM minggu depan.

Program bertajuk “Duty of a Muslim as a Professional” dijadualkan berlangsung pada 18 April bermula jam 8.30 hingga 11.30 malam.

Penceramah itu diburu pihak berkuasa India kerana pertuduhan pengubahan wang haram dan menggalakkan ucapan kebencian. – 11 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen