LELAKI bersenjata dan pengebom bunuh diri berkereta pada Khamis membunuh sekurang-kurangnya 52 orang termasuk rakyat Iran berhampiran selatan bandar Nasiriyah di Iraq, dalam serangan yang didakwa didalangi kumpulan Negara Islam (IS).
Serangan itu dibuat pada tengah hari, yang mana tembakan dilepaskan ke arah sebuah restoran sebelum memasuki kereta dan meletupkan diri mereka berhampiran pusat pemeriksaan keselamatan, kata pihak berkuasa.
Sumber pasukan keselamatan berkata penyerang menyamar sebagai ahli Hashed al-Shaabi, sebuah sekutu separa tentera yang berjuang bersama tentera dan polis menentang IS di utara Iraq.
Jumlah kematian dalam serangan itu adalah 52 orang manakala 91 lagi cedera, kata timbalan ketua kesihatan Abdel Hussein al-Jabri dari wilayah Dhiqar.
Jabri memberitahu AFP, kebanyakan yang tercedera mengalami kecederaan serius.
Kawasan sasaran itu biasanya digunakan jemaah Syiah daripada kejiranan Iran untuk ke bandar suci Syiah di Najaf dan Karbala, walaupun Dhiqar sebelum ini disenaraikan sebagai kawasan yang mengalami kekejaman teruk di Iraq.
Kumpulan IS mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu melalui kenyataan yang dibuat oleh sayap kanan propaganda Amaq.
Katanya beberapa serangan bunuh diri mensasarkan serangan ke atas restoran dan pusat pemeriksaan keselamatan, yang membunuh ramai penganut Syiah. – AFP, 14 September, 2017.
Komen