BN realistik kekal 128 kerusi pada PRU14


The Malaysian Insight

Barisan Nasional yakin akan memenangi 50 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang kini memegang 46 daripada 56 kerusi Parlimen di kedua-dua negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 April, 2017.

128. Itu ramalan terbaik gabungan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen yang boleh dimenangi jika pilihan raya umum (PRU) berlaku pada bila-bila masa tidak lama lagi. PRU ke-14 perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018.

Paling teruk, BN boleh menang 122 kerusi, mengikut analisis dalaman parti itu yang dibentangkan di dua majlis santai yang diadakan pada Februari dan sebelum Parlimen bersidang pada Mac.

Kedua-dua itu nombor mencukupi bagi BN untuk mengekalkan Putrajaya tetapi ramai dalam gabungan itu kini cuba memperoleh nombor lebih baik kerana ramalan itu lebih rendah daripada jumlah 132 kerusi yang dipegang.

Pecahan ramalan menunjukkan BN masih yakin memenangi 50 kerusi Parlimen di negeri “deposit bank” iaitu Sabah dan Sarawak. Ia kini memegang 46 daripada 56 kerusi Parlimen di kedua-dua negeri Borneo.

The Malaysian Insight mengerti nombor itu dihasilkan daripada data yang terkandung maklum balas mengenai isu panas seperti pindaan undang-undang Islam RUU355 iaitu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan keadaan ekonomi semasa yang lemah.

“Nombor itu tidak kelihatan baik tetapi pakar dalam parti bersikap realistik,” kata seorang ahli strategi BN kepada The Malaysian Insight, mengesahkan jumlah itu adalah amaran kepada BN.

“Kita perlu menguruskan isu dengan lebih baik dan saya fikir kita boleh sampai ke sana,” katanya.

Pakar strategi BN berkata pemulihan ekonomi dan strategi kewangan akan membantu gabungan itu memenangi hati pengundi baru sementara ia berusaha menangani isu lain yang akan memberi kesan kepada peti undi.

BN hilang undi popular pada pilihan raya 2013 kepada Pakatan Rakyat (PR) yang ketika itu termasuk PAS, kerana kebanjiran pengundi baru menyatakan pilihan mereka kepada pembangkang.

Walaupun memenangi undi popular, ia tidak mencukupi untuk PR memenangi lebih banyak 222 kerusi di Parlimen. Pakatan pembangkang kemudian berpecah ekoran desakan PAS untuk memperkenalkan undang-undang Islam lebih ketat termasuk pindaan RUU355.

BN berkata ia akan mengambil alih pindaan RUU355 daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang beberapa minggu lalu tetapi membatalkannya pada saat akhir selepas ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak membantah pembentangan kerajaan.

Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian di hari terakhir sidang Parlimen minggu lalu tetapi perbahasan digantung apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menangguhkan persidangan.

Pindaan RUU355 dijangka menimbulkan perpecahan dan dilihat sebagai satu isu yang akan menyebabkan kehilangan undi bukan Islam kepada BN, membawa kepada spekulasi Umno bekerjasama dengan PAS pada mendapatkan undi orang Islam bagi mengekalkan kuasa.

Bagaimanapun, Umno bersama PAS menegaskan pindaan itu hanya untuk meningkatkan sistem undang-undang Syariah dan bukan bagi memperoleh undi pada pilihan raya umum yang akan datang.

PAS dilihat semakin rapat dengan Umno dengan beberapa isu Islam tetapi kedua-duanya menegaskan tiada pakatan politik antara mereka. – 10 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen