Pengganas bakar 3 lagi balai polis di Rakhine, Myanmar


Jalan di bandar Maungdaw di Rakhine, utara Myanmar lengang selepas penduduk diarahkan perintah berkurung selepas serangan pengganas terhadap anggota keselamatan. – Gambar AFP, 14 September, 2017.

TIGA lagi balai polis di Maungtaw, Rakhine dibakar pengganas dikenali Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA), lapor agensi berita Xinhua.

Balai polis berkenaan terletak di kawasan Mee Taik Chaungwa, Nant Thar Taung Chaungwa dan Thinbaw Hla Chaungwa,  menurut laporan agensi berita Myanmar pada Khamis.

Sejak dua hari lepas pasukan keselamatan Myanmar melancarkan operasi pembersihan.

Menurut laporan ketika anggota pasukan keselamatan tiba di balai polis Tone Chaung Chaubgwa, dua alat kawalan jauh dan sut hitam berserta topeng muka ditemui.

Pengganas melancarkan serangan menyasarkan balai polis di Rakhine sejak 25 Ogos lepas, menyebabkan ramai penduduk terpaksa melarikan diri.

Selain itu, sebanyak 59 kampung dan 6,842 rumah dibakar serta lapan jambatan dimusnahkan manakala 371 pengganas dilaporkan terbunuh. – Bernama, 14 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen