Rosmah dipanggil ke SPRM 


Mikha Chan

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor diminta hadir ke ibu pejabat agensi berkenaan pada pukul 2 petang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2019

ISTERI bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya petang ini.

Ia dipercayai bagi siasatan berhubung projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

The Malaysian Insight difahamkan Rosmah diminta hadir ke ibu pejabat agensi berkenaan pada pukul 2 petang.

SPRM telah membuat pendakwaan terhadap Rosmah dan bekas pembantunya, Rizal Mansor, kerana meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta rasuah berkaitan projek solar bernilai RM1.25 bilion.

Kertas pertuduhan itu menyatakan RM187.5 juta itu bersamaan 15% nilai keseluruhan projek berkenaan, namun pihak pendakwaan berkata, Rosmah hanya menerima sebahagian kecil daripada jumlah yang diminta.

Projek untuk 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak itu dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi rundingan terus.

Menteri pendidikan ketika itu adalah Mahdzir Khalid.

SPRM telah menahan tiga individu, termasuk seorang pengarah syarikat untuk membantu siasatan.

Najib Razak dan Mahdzir turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM tahun lalu untuk memberi keterangan berhubung siasatan itu. – 9 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen