UNDANG-UNDANG baharu yang digubal oleh Kementerian Kesihatan akan memasukkan kawalan e-rokok dan vapes ke dalam Akta Kawalan Tembakau, kata kementerian hari ini.
Undang-undang ketika ini berpisah di antara peraturan Produk Kawalan Tembakau 2004 yang menetapkan undang-undang untuk rokok tradisional dan Akta Racun 1952 yang mengawal produk mengandungi nikotin, yang mana cecair vapes termasuk dalam akta ini.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad sebelum ini mengumumkan bahawa Akta Kawalan Tembakau hanya akan mengawal rokok tradisional.
“Akta Kawalan Tembakau hari mengesahkan kemasukan e-rokok dan vapes ke dalam akta berkenaan.
“Kami berhasrat untuk menyelesaikannya menjelang akhir tahun sebelum mengemukakannya kepada Jabatan Peguam Negara,” kata Dzulkefly pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.
Beliau enggan memberi komen lanjut mengenai kandungan akta dengan mengatakan bahawa dia tidak mahu terburu-buru.
Minggu lalu, Dzulkefly berkata di Melaka bahawa Akta Kawalan Tembakau juga akan menetapkan semua tempat awam sebagai kawasan larangan merokok dengan senarai tempat yang terhad untuk merokok.
Beliau berkata, larangan itu bagi memastikan orang ramai terutama golongan wanita dan kanak-kanak tidak menjadi mangsa asap rokok. – 8 April, 2019.
Komen