AHLI Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), di mana sokongan mereka penting bagi menjayakan pindaan perlembagaan dicadangkan Putrajaya untuk status sama rata pada Sabah dan Sarawak, masih membuat cubaan terakhir mengubah rang undang-undang (RUU) itu, kata ketua whip parlimen gabungan itu.
Sehubungan itu, masih awal untuk mengatakan adakah wakil rakyat persekutuan daripada gabungan parti pemerintah Sarawak akan menyokong RUU itu apabila ia dibuka untuk undian esok, kata Fadillah Yusof kepada The Malaysian Insight.
Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata ahli Parlimen di Sarawak “mencadangkan beberapa perkara” untuk RUU Perlembagaan (Pindaan) berkenaan Artikel 1(2), termasuk menukar perkataan.
Undi 18 ahli Parlimen GPS itu penting jika kerajaan mahu mendapat dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen untuk meluluskan RUU itu.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempunyai 129 kerusi. Jika ia berjaya mendapat sokongan sekutu Sabah seperti Parti Warisan Sabah dan Upko, gabungan 10 undi mereka akan tetap kurang sembilan undi untuk mendapatkan 148 undi.
Ini diandaikan jika pembangkang di semenanjung mengundi untuk tidak menyokong RUU itu.
“Lebih baik jika RUU itu ditarik balik”
Bagaimanapun, mungkin GPS tidak akan mengikut kehendak kerajaan. Fadillah berkata lebih baik jika Putrajaya menarik balik RUU itu jika ia tidak berhasrat memenuhi tuntutan perubahan.
Dan jika keadaannya begitu, beliau berkata kerajaan sepatutnya “menunggu hingga rundingan jawatankuasa pemandu berkenaan MA63 dimuktamadkan” sebelum membentangkan RUU itu.
Jawatankuasa pemandu itu ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan tahun lalu bagi mengkaji pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), di mana ia menjadi asas penggabungan Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura untuk membentuk Malaysia. – 8 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen