LEBIH baik untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim berbanding membiarkan Najib Razak terus merosakkan negara, kata Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri dalam satu temu bual dengan New Sunday Times hari ini berkata, itu sebabnya mengapa beliau meilih untuk bekerjasama dengan Anwar dan pakatan pembangkang sebelum ini sebelum pilihan raya umum pada Mei 2018.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Anwar selepas mengatakan Anwar tidak layak menjadi pemimpin sebelum ini.
“Itu sebelum ini. Ya, saya ada menyatakannya. Tetapi antara Najib dan Anwar, saya rasa Najib adalah pemimpin lebih teruk berbanding Anwar. Pemimpin yang teruk.
“Saya rasa, untuk Anwar menggantikan seseorang seperti Najib lebih diterima berbanding membiarkan Najib terus mentadbir, jadi saya membuat keputusan saya akan bekerjasama dengan Anwar, tidak kira apa pun saya pernah katakan terhadapnya sebelum ini, apa sahaja beliau pernah katakan terhadap saya sebelum ini.
“Saya merasakan kerjasama kami adalah lebih penting, dalam usaha untuk menggantikan Najib, daripada kami bertelingkah kerana saya tahu jika kami tidak bekerjasama, Najib akan menjadi perdana menteri seterusnya dan ia merupakan bencana kepada negara,” kata Dr Mahathir pada sesi wawancara itu.
Beliau juga berkata bahawa Anwar, yang juga presiden PKR dan akan menjadi perdana menteri seterusnya selepas Dr Mahathir, “memiliki kualiti kepimpinan” sebagaimana yang beliau tonjolkan ketika menyatukan Pakatan Rakyat, dan kini mengetuai “sebahagian daripada Pakatan Harapan”.
“Sudah tentu, Pakatan Rakyat gagal kepada ia tidak kohesif. Namun selepas kami bersama, kami mampu bekerja lebih rapat.
“Fakta masih kekal beliau dari Umno, dan Umno tentu saja tidak begitu disukai oleh pembangkang.
“Beliau meninggalkan Umno dan beliau apat membawa DAP, PAS dan partinya bersama-sama, jadi beliau mempunyai kualiti kepimpinan,” katanya yang juga pengerusi PH.
Dr Mahathir turut menolak desas-desus yang mengatakan PH akan hancur tanpa beliau.
“Setakat ini, saya mampu memimpin. Kami tidak melihat mana-mana penganti setakat ini, tetapi ada beberapa kali ketika saya meninggalkan kabinet dan Wan Azizah memimpin dan beliau mampu mengadakan mesyuarat, sekurang-kurangnya untuk tempoh pendek ketika ketiadaan saya.
“Ada satu masa ketika saya ke luar negara, beliau mempengerusikan mesyuarat,” katanya merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa Anwar akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripadanya, dan menambah bekas timbalan perdana menteri itu perlu mampu menjaga pakatan itu.
“Siapa yang akan gantikan saya, atau selepas Wan Azizah, itu perkara lain. Sudah tentu, apa yang kami katakan adalah Anwar akan mengambil alih.
“Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini. Beliau tagu bagaimana untuk mengekalkan parti.” – 7 April, 2019
Komen