Google melancarkan teknologi masukan suara (voice input) dalam bahasa Jawa dan Sunda dengan sasaran mengekalkan peningkatan pengguna aplikasi carian itu di Indonesia, lapor media di republik itu.
Dua bahasa daerah itu kini boleh digunakan pada aplikasi Google App, Google Translate serta aplikasi papan kekunci pintar Gboard di Android. Ia dibangunkan dengan kerjasama beberapa universiti tempatan.
Dalam satu kenyataan media yang dipetik oleh Tempo.co, pengurus program teknikal Google berkata angka pertumbuhan penelusuran suara di Indonesia kini 50% lebih tinggi berbanding peningkatan di seluruh dunia.
Pertumbuhan memberangsangkan itulah yang mendorong Google memperkenalkan dua bahasa daerah itu pada aplikasinya “supaya Internet lebih ramah kearifan budaya lokal dan tidak lagi ada hambatan bahasa,” katanya, seperti dipetik oleh Tempo.co. – 14 September, 2017.
Komen