Kerajaan perlu mesra perniagaan dengan PKS, kata Yeoh


Mikha Chan

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ada aduan mengatakan mereka sukar memulakan perniagaan kecil seperti membuka kedai dan klinik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2019.

KERAJAAN perlu memberi tumpuan dengan menjadi ‘mesra perniagaan’ kepada syarikat utama dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Hannah yang juga Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat berkata, ada aduan mengatakan mereka sukar memulakan perniagaan kecil seperti membuka kedai dan klinik.

“Saya mendengar orang kata kerajaan baharu mestilah mesra perniagaan dan tidak hanya tertumpu pada pemaju besar sahaja.  

“Kerajaan mesti memberikan pengalaman sama kepada peniaga kecil dan PKS, untuk mereka yang ingin membuka klinik, farmasi atau kedai biasa,” katanya kepada pemberita di TTDI hari ini.

Tambahnya, mesra perniagaan juga perlu ada di kaunter pertanyaan dan khidmat pelanggan.  

“Mesra perniagaan perlu ada di setiap kaunter apabila orang ramai pergi ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Apabila memohon lesen, mereka perlu tahu berapa jabatan yang perlu mereka pergi.  

“Kami memerlukan prosedur operasi standard yang jelas dan garis masa untuk orang yang merancang memulakan perniagaan mereka. Mereka perlu tahu dengan tepat berapa lama masa diperlukan untuk mendapatkan lesen,” katanya. – 4 April, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen