PIHAK pendakwaan telah mendakwa Najib Razak membelanjakan wang awam secara mewah, kira-kira RM10.8 juta yang disalurkan ke akaun peribadi AmPrivate bank melalui banyak cek untuk membayar ubah suai rumah dan membiaya gabungan Barisan Nasional.
Peguam Negara Tommy Thomas turut memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak pendakwaan akan membuktikan Najib menggunakan kad kreditnya untuk membelanjakan sebanyak AS$130,625 (RM533,276) di butik Chanel di Honolulu, Hawaii pada Disember 2014.
Dalam hujah pembukaannya, Thomas berkata, cek peribadi dikeluarkan, antara lain untuk bayaran kerja pengubahsuaian yang dijalankan di kediaman Najib di No 11, Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur dan satu lagi rumahnya di Pekan, Pahang.
Tambah Thomas, satu lagi cek dikeluarkan kepada beberapa parti komponen Barisan Nasional.
Pihak pendakwaan menyatakan Najib membelanjakan RM10.78 juta menerusi cek peribadi dari akaun banknya selepas sejumlah wang bernilai sehingga RM42 juta dipindahkan.
Thomas berkata, RM42 juta merupakan bukti, terutamanya selepas lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd meluluskan resolusi khas yang melantik Najib sebagai penasihat emeritus.
Hari ini, Thomas diiringi pendakwa raya ad hoc V. Sithambaram dan Sulaiman Abdullah, serta sembilan timbalan pendakwa raya lain.
Naib yang mengenakan sut berwarna biru gelap, tidak menunjukkan sebarang reaksi sepanjang perbicaraan hari ini dan tidak bercakap kepada media selepas perbicaraan tamat.
Beliau diwakili 12 peguam, yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah.
Turut menjadi pemerhati adalah AG Kalidas dan Rajsurian Pillai untuk Badan Peguam dan Peguam Revin Kumar mewakili isteri Najib, Rosmah Mansor.
Bagi perbicaraan SRC International, beliau berdepan satu tuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana penyalahgunaan kuasa; tiga pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah; dan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 kerana pengubahan wang haram.
Bagi penyalahgunaan kuasa, Thomas memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan berhasrat untuk membuktikan bahawa Najib mencadangkan penubuhan SRC International, dan permintaan unit untuk pinjaman kerajaan sebanyak RM3.95 bilion serta hal-hal yang menyebabkan kelulusan oleh Kewangan Kementerian untuk pengeluaran sejumlah RM4 bilion jaminan kerajaan.
Najib juga merupakan menteri kewangan ketika menjadi perdana menteri.
Sementara itu, penolong pendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia Mohd Akmaluddin Abdullah, 35 memberi keterangan hari ini.
Saksi pertama perbicaraan memperinci penubuhan SRC International pada tahun 2011, dengan modal berbayar RM100 juta.
Beliau mengenal pasti Suboh Md Yassin sebagai bekas pengarah SRC International dan Nik Faisal Ariff Kamil sebagai bekas CEO dan pengarah urusannya.
Suboh, yang berada di bawah program perlindungan saksi, akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu manakala Nik Faisal masih bebas, mungkin di Indonesia, menurut laporan.
Muhamad Akmaluddin, yang bekerja di suruhanjaya itu sejak 2007 turut memperincikan penubuhan anak syarikat SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ikhsan Perdana Sdn Bhd.
Pendakwaan kemudian memfailkan 47 dokumen, dirujuk dari kenyataan saksi.
Terdahulu, peguam pembelaan, Harvinderjit Singh dan bekas peguam bela negara, Yusof Zainal Abidin, cuba menangguhkan prosiding hari ini, dengan mengatakan mereka telah memfailkan permohonan semakan mengenai pindaan pertuduhan Najib.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali tidak membenarkan penangguhan dan selepas pendengaran, menetapkan 15 April sebagai tarikh perbicaraan berikutnya. – 3 April, 2019
Komen