WALAUPUN tujuh daripada sepuluh pemimpin perniagaan percaya kecerdasan buatan (artificial intelligence) penting untuk pertumbuhan ekonomi, hanya 26% organisasi di Malaysia mengguna pakai program ini.
Ia didedahkan oleh Microsoft and IDC Asia/Pacific yang menjalankan kajian ke atas 100 pemimpin perniagaan dan 100 pekerja.
Dalam laporan bertajuk “Future-Ready Business: Assessing Asia Pacific’s Growth Potential Through AI”, Pengarah Penyelidik IDC Asia/Pacific Jun-Fwu Chin berkata perniagaan di Malaysia masih belum bersedia untuk AI.
“Malaysia perlu lebih bersedia. Pimpinan organisasi perlu jadikannya teras kepada strategi mereka dan membangunkan budaya pembelajaran yang cerdas.”
Kajian itu juga mendapati syarikat-syarikat yang mengguna pakai program AI ini menjangkakan daya saing mereka akan meningkat 2.2 kali ganda menjelang 2021.
Menurut Chin, penggunaan AI memerlukan pelaburan berterusan dan ada masanya tidak memberi pulangan cepat.
Beliau berkata perniagaan mesti mewujudkan budaya organisasi yang betul untuk mengguna pakai AI dan ciri-ciri utama seperti mengambil risiko serta inovasi tidak tersebar dengan meluas, tambahnya.
“Pekerja di Malaysia lebih sangsi berbanding pemimpin perniagaan apabila ia melibatkan kesediaan budaya organisasi mereka.” – 2 April, 2019.
Komen