Aung San Suu Kyi batal hasrat hadiri Perhimpunan Agung PBB


Aung San Suu Kyi kini berdepan tekanan dan kritikan dunia kerana gagal bertindak dalam krisis Rohingya. – Gambar EPA, 13 September, 2017.

KAUNSELOR Negara Myanmar Aung San Suu Kyi membatalkan hasratnya untuk menghadiri serta berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-72, kata Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Htay.

Sebaliknya beliau akan diwakili Naib Presiden U Henry Van Thio, lapor agensi berita China Xinhua.

Suu Kyi pertama kali menghadiri dan menyampaikan ucapan di UNGA ke-71 pada September 2016. – Bernama, 13 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen