BEKAS perdana menteri Najib Razak menyokong sepenuhnya siaran langsung perbicaraannya berdepan tujuh tuduhan berkaitan SRC International pada Rabu ini.
“Saya menyokong siaran langsung kerana ia akan membantu dalam ketelusan dan memastikan peraturan undang-undang dipatuhi,” katanya
Beliau turut menanda FreeMalaysiaToday.com dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya itu.
Dalam kenyataan itu, beliau dipetik berkata, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran.
Perbicaraan bekas perdana menteri dalam kes penggubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung pemindahan wang dari anak syarikat 1MDB akan bermula Rabu depan selepas beberapa kali ditangguhkan.
Satu petisyen dalam talian menuntut perbicaraan kes Najib disiarkan secara langsung di televisyen bermula tahun lepas dan setakat ini mengumpulkan 40,000 tandatangan di Change.org.
Rakyat kembali berminat dengan idea siaran langsung perbicaraannya selepas mahkamah persekutuan membenarkan perbicaraan bermula di mahkamah tinggi. – 31 Mac, 2019.
Komen