Sarawak mungkin naikkan cukai petroleum untuk jana pendapatan, kata KM


Desmond Davidson

KETUA Menteri Sarawak, Abang Johari Openg memberi gambaran bahawa beliau mungkin perlu menaikkan cukai jualan ke atas produk petroleum bagi memperoleh pendapatan tambahan.

Beliau berkata, wang tambahan yang diperoleh boleh digunakan untuk membiayai pembinaan jalan, lapangan terbang, jambatan dan lain-lain inisiatif luar bandar.  

“Jika tidak ada wang yang cukup, saya (mungkin) perlu menaikkan cukai minyak dan gas,” katanya.

Beliau merujuk kepada cukai jualan 5% yang dikenakan oleh kerajaan pada awal tahun ini bagi mengumpul wang untuk mengimbangi penolakan kerajaan persekutuan untuk meningkatkan cukai royalty minyak dari 5% hingga 20%.

Sarawak juga mengalami pemotongan kewangan yang teruk untuk membiayai pelbagai projek pembangunan negeri termasuk pembaikan beribu-ribu sekolah usang.

Cukai jualan ke atas produk petroleum yang dilombong di negeri ini dijangka mengaut RM4 bilion tahun ini.  

Abang Johari berkata, kerajaan dalam tempoh tiga hingga enam tahun akan datang akan memulakan pembinaan jalan raya di dua kawasan pembangunan ekonomi baharu – Agensi Pembangunan Tinggi (HAD) dan Agensi Pembangunan Atas Rajang (URDA) untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi kawasan luar bandar yang belum diterokai.

Beliau berkata, selain jalan kerajaan negeri juga memerlukan wang untuk pembinaan lapangan terbang STOL (berlepas dan mendarat) di Sungai Tunoh di Kapit, Spaog di Betong dan di Lawas.

“Lapangan terbang akan dibina menggunakan wang negeri kemudiannya diuruskan oleh kerajaan sama konsep seperti pelabuhan Tanjung Manis di Mukah,” katanya.

Lapangan terbang yang dibuka pada 2001 itu adalah untuk memudahkan pengurusan logistik untuk pelabur Tanjung Manis Economic Growth Area (T-MEGA) yang dahulunya dikenali sebagai hub halal Tanjung Manis. – 27 Mac, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen