Malaysia Airlines terus bergelut dengan masalah kewangan


EMPAT tahun selepas ia memulakan pelan pemulihan yang menerima publisiti besar dan kontroversi, Malaysia Airlines Bhd (MAB) menyemak sebahagian besar pelan tetapi masih gagal mencapai sasaran utama - untuk memperoleh keuntungan dan disenaraikan semula dengan  saham terbitan awam (IPO).

Malah, akaun kewangan syarikat penerbangan negara yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSN) dan dilihat oleh The Malaysian Insight menunjukkan kerugian bersihnya meningkat dalam tempoh dua tahun lalu.

MAB melaporkan kerugian bersih sebanyak RM1.125 bilion pada tahun kewangan 2015, tetapi berjaya mengurangkannya kepada RM438.86 juta pada 2016.

Bagaimanapun, kerugian bersihnya melonjak semula kepada RM812.107 juta pada tahun kewangan 2017.

Menyelamatkan syarikat penerbangan negara

Pada 2014, Khazanah National Bhd, pemegang saham utama syarikat penerbangan itu, berjanji menyuntik RM6 bilion bagi menyelamatkan syarikat itu yang bergelut dengan masalah kewangan sejak 1990-an.

Sebelum pelan pemulihan 2014, syarikat penerbangan itu menerima sejumlah RM17.4 bilion dalam beberapa percubaan menyelamat.

Pada 1994, ahli perniagaan Tajudin Ramli memperolehi pegangan kawalan sebanyak 32% daripada kerajaan.

Pinjaman diambil daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan bagi pembelian sebanyak RM1.79 bilion.

Syarikat penerbangan itu mengalami kerugian besar dalam krisis kewangan Asia 1997/1998, dan pada 2001, kerajaan akhirnya membeli balik Malaysia Airline System Bhd (MAS) pada harga RM8 sesaham, harga yang dibayar Tajudin pada 1994, ia pernah didagangkan pada harga RM3.68 bagi setiap saham.

Pada tahun kewangan 2001/2002, syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian sebanyak RM836 juta, lebih dua kali ganda RM417 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. – 27 Mac, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen