PBB kenakan sekatan terbaru kepada Korea Utara


Majlis Keselamatan PBB semalam sebulat suara mengundi mengenakan sekatan terbaru ke atas Korea Utara. – Gambar EPA, 12 September, 2017.

MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara menerima pakai resolusi untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara kerana melanggar resolusi Majlis Keselamatan sebelum ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Langkah itu, susulan pelancaran ujian nuklear Korea Utara terkini pada 3 September lepas. 

Resolusi yang dipersetujui semalam, antara lain menyekat 30% bekalan minyak Korea Utara, melarang semua eksport tekstil bernilai AS$800 juta dan kiriman wang oleh pekerja Korea Utara dari luar negara.

Dengan sekatan baharu tersebut 90% eksport negara berkenaan juga dilarang.

Larangan merangkumi eksport arang batu, besi, bijih besi, plumbum, bijih timah dan makanan laut dari Korea Utara. – Bernama, 12 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen