Ulang tahun 9/11, Al-Qaeda kembali dengan ancaman keganasan


Al-Qaeda kini dikatakan bangkit semula di sebalik bayang-bayang kumpulan Islamic State (IS) di Syria. – Gambar AFP, 12 September, 2017.

AL-QAEDA kini bangkit semula di sebalik bayang-bayang kumpulan Islamic State (IS) di Syria, selepas 16 tahun pengganas itu mengejutkan Amerika Syarikat (AS) dalam serangan pada 11 September, 2011, kata pakar.

Pakar berkata Hayat Tahrir al-Sham (HTS), kumpulan Sunni yang merampas kawalan di kota Idlib, utara Syria, bulan lalu, adalah penjenamaan semula Al-Qaeda yang meletakkan dirinya lebih moderat berbanding IS dengan harapan untuk bangkit semula.

“IS hari ini mungkin dilihat sebagai ancaman pengganas, tetapi Al-Qaeda di Syria lebih membimbangkan. Ia sekutu Al-Qaeda terbesar setakat ini,” kata pengarah anti keganasan White House, Joshua Geltzer.

Geltzer dan pakar lain berkata mereka menjangkakan HTS akan memainkan peranan utama dalam kalangan pengganas IS di kawasan perang di Syria dan Iraq.

HTS hanya nama tempelan untuk Al-Qaeda, kata mereka.

Daveed Gartenstein-Ross, pengarang bersama Geltzer dalam laporan New America mengenai ancaman keganasan semasa, berkata Al-Qaeda organisasi lebih kuat berbanding 2010, di mana kelemahan mereka memberi laluan kepada kebangkitan IS.

Oleh itu, ia lebih popular dan mendapat sokongan dengan beberapa sokongan rasmi daripada negara teluk.

Laporan New America menekankan keperluan untuk fokus kepada IS kerana ia ancaman luaran paling berbahaya pada masa ini, dengan menekankan serangan 9/11 di AS dilakukan rakyat AS atau penduduk tetap.

Tetapi, ia berkata Al-Qaeda mungkin mengulangi kembali peranan ancaman itu pada masa depan, mengumpulkan pengikut menerusi taktik ekstrem IS.

Sementara pemimpin sekarang Ayman al-Zawahiri tidak menonjol, pemimpin lebih muda di Idlib mula mempelajari cara IS pakar dalam penggunaan media sosial untuk menarik pengikut.

“Al-Qaeda di Syria menjalani perubahan luaran terhadap namanya dan reka bentuk organisasi, tanpa menolak kaitannya dengan organisasi induk,” kata laporan itu. – AFP, 12 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen