Langkah mansuh peperiksaan baik tetapi kurang dasar sokongan


Andrew Chin

TINDAKAN Putrajaya memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahun 1 hingga 3 adalah langkah positif, tetapi ia tidak mempunyai dasar sokongan, kata pakar pendidikan.

Dasar baru ini dilaksanakan sejak bermulanya tahun akademik 2019 pada Januari, tetapi ibu bapa dan guru lambat menyesuaikan diri kerana kekurangan arahan dan komunikasi yang jelas.

Penyelidik dasar pendidikan, Chen Ai Mei memberitahu The Malaysian Insight dasar pendidikan sistematik perlu dilaksanakan, sambil menambah dasar yang berasingan tidak akan menghasilkan hasil jangka panjang diharapkan.

Dasar jangka panjang ini juga harus berkesan untuk mengubah pemikiran para pendidik dan ibu bapa.

Chen berkata langkah kementerian menghapuskan peperiksaan tanpa tempoh tambahan untuk membolehkan peralihan dan penyesuaian.

Beliau berkata negara maju seperti Finland dan United Kingdom menghapuskan dasar peperiksaan, sementara Malaysia masih berorientasikan peperiksaan.

“Malah, peperiksaan hanya sebahagian daripada penilaian. Tetapi apabila anda menyebut peperiksaan di Malaysia, orang tidak mengambilnya sebagai ‘penilaian’, dan ibu bapa serta anak memberi tumpuan terlalu banyak kepada peperiksaan dan mengabaikan pendidikan sebenar.

“Intipati ini adalah untuk memberi inspirasi kepada pelajar. Ini termasuk membangunkan keupayaan berinteraksi dengan kanak-kanak lain, kemahiran hidup, membangunkan kemahiran mendengar, bercakap, membaca dan menulis,” kata Chen.

Beliau berkata di negara seperti Australia, membaca adalah kebiasaan yang ditanamkan kepada kanak-kanak sebagai hobi dan ia bukan setakat buku teks yang diperlukan untuk lulus peperiksaan.

Beliau berkata ramai pendidik di Malaysia tidak mempunyai sikap yang betul, sambil menambah budaya kerja rumah dan kaedah mengajar juga mesti berubah.

Bagi ibu bapa, Chen berkata mereka perlu memikirkan sama ada mahu anak-anak mempunyai pendidikan yang menekan atau belajar daripada persekitaran untuk membangunkan kemahiran.

Mengkaji sistem pendidikan luar, beliau berkata terdapat banyak cara menilai pelajar selain peperiksaan. – 27 Mac, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen