Ini penggal akhir saya sebagai ahli Parlimen, kata Nurul Izzah


Nurul Izzah Anwar menyifatkantahun pertamanya sebagai penyokong kerajaan 'bergelora dan huru-hara'. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mac, 2019.

PENGGAL ini akan menjadi yang terakhir bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar sebagai wakil rakyat, katanya dalam temu bual dengan akhbar Singapura, The Sunday Times.

Nurul Izzah berkata tahun pertamanya sebagai backbencher kerajaan “bergelora dan huru-hara”.

“Ini adalah penggal terakhir saya. Itu rancangan saya sekarang,” katanya kepada akhbar itu.

Nurul Izzah, yang pada Disember melepaskan jawatannya sebagai naib presiden PKR, juga memberitahu akhbar itu beliau kecewa dengan tindakan ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ke Pakatan Harapan.

“Ini satu keadaan yang teruk, bukan hanya untuk Keadilan (tetapi) bagi Malaysia, bagi pengundinya, bagi undi kami, bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

“Ia hanya satu keadaan menyedihkan kerana saya percaya sistem dua pakatan penting untuk masa depan Malaysia.”

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan Nurul Izzah meletak jawatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beberapa hari selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk membenarkan Pengerusi PAC Ronald Kiandee kekal memegang jawatan walaupun ahli Parlimen Beluran bukan lagi ahli Parlimen pembangkang. – 24 Mac, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen