MB arah kelab golf haram minuman keras, ahli tak setuju


MENTERI Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengugut untuk meletakkan jawatan sebagai presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) sekiranya beliau gagal mengutamakan sensitiviti orang tempatan.

Beliau berkata, kelab itu dikelilingi oleh masjid dan perumahan di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam, jadi tidak wajar untuk menjual minuman keras di sana.

“Saya sudah membangkitkan isu ini sebanyak dua kali di mesyuarat kelab. Jika ingin menjual (minuman keras) teruskan, saya akan berhenti sebagai presiden, itu sahaja. Saya tidak bermain golf, saya hanya diminta menjadi presiden.

“Sebagai pengerusi Jawatankuasa Tindakan Islam Negeri, saya tidak boleh berada di sana (dalam jawatankuasa kelab)…jangan samakan saya dengan bekas menteri besar (yang merupakan presiden kelab ketika BN memerintah negeri itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 Mei tahun lepas),” katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Dia diminta mengulas mengenai laporan Free Malaysia Today hari ini yang menyatakan ahli kelab tidak bersetuju dengan keputusan pihak pengurusannya untuk melarang penjualan minuman keras.

Kelab yang mempunyai kira-kira 1,000 ahli itu dipanggil untuk mengadakan mesyuarat agung pada hari ini bagi membincangkan mengenai perkara itu. – Bernama, 21 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • "Beliau berkata, kelab itu dikelilingi oleh masjid dan perumahan di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam, jadi tidak wajar untuk menjual minuman keras di sana".
    Bagi berpuluhan tahun yang lepas tiada masalah pun. Jangan campur agama dengan hal-hal kelab. Jangan berpura-pura "sensitiviti". Lepas sahaja lah jawatan presiden. Tidak perlu mengugut.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ravinder Singh · Ulasan

    • Alasan ini sama dengan alasan yang di beri oleh geng di Manjoi yang telah memasuki kedai runcit dan mengugut pekedai jika tidak berhenti jual bir, botol-botol bir akan dipecahkan.

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ravinder Singh · Ulasan