Remaja Malaysia yang hilang disahkan maut


Kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi susulan serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu terungkai apabila remaja itu disahkan maut. – Gambar EPA, 20 Mac, 2019.

Remaja Malaysia, Mohd Haziq Mohd Tarmizi yang hilang sejak insiden serangan pengganas Jumaat lalu di Masjid Al-Noor di Christchurch disahkan meninggal dunia. 

Exco kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh yang baru saja pulang ke Malaysia malam ini dari New Zealand berkongsi berita sedih berkenaan media melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sudah dimaklumkan mengenai kematian remaja tersebut.

Phee tidak dapat berkongsi lebih banyak maklumat tentang perkara itu seperti ketika dan di mana remaja berusia 17 tahun itu ditemui.

“Kerajaan NZ sangat menjaga ruang privasi mereka. Ada yang ramai yang meninggal dunia dan pengesahan diri yang teliti oleh keluarga diperlukan.

“Pengesahan DNA diperlukan sebelum sebarang pengumuman. Saya bersama ibu mangsa malam tadi,” katanya menerusi WhatsApp.  – 20 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen