PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meluluskan permintaan Florida bagi mendapatkan bantuan dana kecemasan persekutuan pada Ahad.
Ia bertujuan untuk membantu kerja-kerja pemulihan negeri itu yang musnah akibat dilanda taufan Irma.
Pembiayaan persekutuan termasuklah geran untuk perumahan sementara dan membaiki rumah, pinjaman kos rendah bagi menampung kerugian harta benda yang tidak diinsuranskan.
“Selan itu, ia juga bertujuan untuk membantu individu dan pemilik perniagaan pulih daripada kesan bencana,” kata White House dalam kenyataan yang dikeluarkan. – AFP, 11 September, 2017.
Komen