SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Jens Stoltenberg berkata program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara mewakili “ancaman global dan memerlukan tindak balas global”.
Dalam satu temubual dengan BBC, beliau juga enggan menyatakan serangan ke atas wilayah Pasifik Amerika Syarikat Guam akan mencetuskan klausa pertahanan kolektif tentera.
“Tindakan melulu Korea Utara merupakan ancaman global dan memerlukan tindak balas global, dan ia tentu sahaja termasuk Nato,” kataya dalam rancangan “The Andrew Mar Show”.
“Kami menggesa Korea untuk menghentikan program nuklear dan peluru berpandunya, dan hentikan sebarang ujian, kerana ia melanggar bebrapa resolusi antarabangsa PBB dan mengancam keamanan dan kestabilan.”
Ketika ditanya sama ada serangan ke atas Guam akan dilindungi di bawah klausa yang memerlukan ahli Nato melindungi antara satu sama lain, beliau berkata: “Saya tidak akan buat spekulasi mengenai Artikel Lima yang akan digunakan pada situasi seperti itu.
“Apa yang saya boleh katakan buat masa ini kita akan memfokuskan bagaimana untuk menyumbangkan penyelesaian secara aman berhubung konflik itu.” – AFP, 10 September, 2017.
Komen