Menteri kata ceramah Zakir Naik beri inspirasi?


The Malaysian Insight

Mujahid dikritik hebat oleh pemimpin agama dan orang awam selepas memuatkan gambar pertemuan dengan Zakir di Facebook. – Gambar Facebook, 13 Mac, 2019

SOALANNYA mudah, kenapa Mujahid Yusof Rawa perlu jelaskan model Islam Malaysia, terutama kepada penceramah kontroversi Zakir Naik?

Itu alasan yang disebutnya apabila timbul kritikan mengenai pertemuan dengan penceramah warga India tersebut. 

Inilah orang yang dipuji oleh menteri hal ehwal agama Islam tersebut atas ceramahnya yang didakwa memberi inspirasi.

“Pertemuan itu melibatkan (penjelasan) model Islam, rahmatan lil alamin, maqasid syariah macam mana saya nak memahamkan beliau dengan konsep relatifnya di Malaysia.” Kata beliau.

Mujahid dikritik hebat oleh pemimpin agama dan orang awam selepas memuatkan gambar pertemuan dengan Zakir di Facebook.

Gambar itu disiarkannya Rabu lalu dengan keterangan “Pengalaman dakwah beliau ke seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi buat kita untuk meneruskan kerja-kerja dakwah”.

Jadi mana satu yang sebenar? Untuk dapatkan pengalaman Zakir atau menjelaskan kepadanya apa yang halal di Malaysia?

Nampaknya Mujahid keliru.

Mengapa beliau perlu bincang model Islam negara kepada orang asing – seorang pengamal kaedah ceramah yang memecahbelah dan tidak sesuai bagi kepelbagaian agama di Malaysia?

Adakah pertemuan itu bersifat politik? Adakah Mujahid dan rakan-rakannya percaya pendekatan ini boleh meraih sokongan Melayu dari kelompok PAS/Umno?

Tentu sekali mereka salah.

Kata-kata yang saling bercanggah ini hanya akan meminggirkan lagi pengundi yang memilih mereka, dan pada masa sama membuatkan orang Melayu Islam curiga dengan Mujahid serta orang-orangnya.

Atau mereka mahu kembali ke zaman kekalahan?

Realitinya mudah. Malaysia perlu mencari jalan sendiri dalam hubungan agama dan antara agama.

Kita tidak perlu seorang menteri untuk menjelaskannya kepada sesiapa – terutama penceramah yang pupuk perpecahan dan menghina agama lain.

Biarlah polis kawal Zakir. Itulah yang polis lakukan ke atas pihak yang marah-marah di media sosial.

Orang yang tidak dikenali boleh dipenjara 10 tahun kerana menghina agama Islam tetapi nama besar seperti Zakir boleh terlepas walau melakukan perkara sama ke atas agama lain.

Mujahid sepatutnya beri amaran kepada Zakir supaya mengikut undang-undang, bukannya gambarkan ceramahnya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, atau menjelaskan model Islam negara ini.

Orang itu boleh berceramah, jadi dia juga boleh membaca dan memahami Malaysia dan tidak memecahbelahkan masyarakat negara ini tanpa perlu diperingatkan oleh mana-mana menteri. – 17 Mac, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • "Mengapa beliau perlu bincang model Islam negara kepada orang asing seorang pengamal kaedah ceramah yang memecahbelah dan tidak sesuai bagi kepelbagaian agama di Malaysia"?

    Zakir Naik adalah anasir memecahbelah masyarakat berbagai kaum dan kefahaman agama. Itulah "kehebatan" dia di seluruh dunia. Beliau tidak mengindahkan kata-kata Nabi "hak kamu untuk kamu dan hak saya untuk saya." Adakah seorang yang tidak menghormatkan Nabi harus disanjung begitu tinggi dan diberi kehormatan yang tidak terhingga? Inspirasi apakah yang beliau beri kepada orang? Memang beliau pandai cakap dan ambil hati orang-orang yang tidak cukup matang dan tidak nampak udang disebalik batu. Ya, beliau telah banyak beri "inspirasi" kepada Mufti Perlis sahingga Mufti ini sanggup "hentam" kaum India melaui puisi LEMBU beliau seperti berikut:

    Berikut nukilan Asri sepenuhnya:
    ..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu..
    lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..
    mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..
    pembakar wanita janda..di benua sana..
    ajaran yang mengkastakan manusia..
    sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..
    wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..
    betapa menghina insan sesama..
    di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada..
    berpakat mereka membuat angkara..
    kita tidak boleh berdiam bahasa..
    toleransi dan kesabaran ada hadnya..
    puisi pagi jumaat..

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Ravinder Singh · Ulasan