Dr Mahathir nafi Pakatan mungkir janji


Lee Chi Leong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan kerajaan tidak menepati janji melantik ahli pembangkang sebagai ketua PAC. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 16 Mac, 2019.

PAKATAN Harapan (PH) tidak memungkiri janjinya untuk melantik ahli pembangkang sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana ketua PAC, Ronald Kiandee masih bersama Umno di bawah Barisan Nasional (BN)ketika beliau menjadi pengerusi jawatankuasa Parlimen tahun lalu, selepas PH membentuk kerajaan persekutuan.

Kiandee, ahli Parlimen Beluran, keluar Umno pada Disember dan secara rasmi menyertai parti Dr Mahathir, Bersatu, semalam apabila beliau menerima sijil keahliannya.

“Kami tidak menjangka dia (Kiandee) akan beralih. Dia dulu dari parti lawan. Jadi itu bermakna kita patuh kepada manifesto kami.

“Tetapi kalau dia pilih nak masuk parti kerajaan, apa boleh kita buat. Bukan dia dipilih daripada parti kerajaan, dia dipilih daripada parti lawan,” kata Dr Mahathir pada satu majlis di Putrajaya hari ini.

Perdana menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan terhadap PH susulan ucapannya semalam yang Kiandee akan kekal sebagai ketua PAC walaupun menyertai Bersatu.

BN menamakan Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad sebagai pengganti Kiandee. Dr Mahathir berkata pembangkang boleh mencalonkan ketua PAC baharu jika mereka mempunyai “sokongan mencukupi”.

Ditanya apakah parti komponen PH yang lain juga bersetuju untuk mengekalkan Kiandee sebagai ketua PAC, Dr Mahathir berkata: “Setakat yang saya tahu, semua bersetuju”.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua ahli daripada PKR dan DAP yang pertama menyatakan pendirian tidak bersetuju hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Timbalan Wanita, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menulis di Twitter  mengenai pandangan mereka.

Nurul Izzah, yang merupakan ahli PAC juga sependapat dengan Yeoh.

– 16 Mac, 2019.

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen