JUMLAH pesakit yang menerima rawatan di hospital akibat pencemaran bahan toksik di Pasir Gudang, Johor semakin berkurangan, kata ahli exco negeri Dr Sahruddin Jamal.
Beliau berkata, setakat pagi ini seramai 185 mangsa yang mendapatkan rawatan di tiga hospital dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Namun terdapat 65 pesakit yang baru dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan, exco alam sekitar dan pertanian itu.
“Ini menjadikan jumlah pesakit yang masih berada di wad adalah seramai 37 orang berbanding 491 pesakit pada hari sebelumnya.
“Ini menunjukkan penurunan bilangan pesakit yang masih menerima rawatan di hospital,” kata Sahruddin, dalam kenyataannya, pagi ini.
Lapan lagi pesakit yang masih diberikan rawatan di wad unit rawatan rapi juga berada dalam keadaan stabil, katanya.
Pesakit berkenaan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, dan Hospital Permai, katanya lagi.
Beliau juga berkata operasi pembersihan sisa toksik di Sungai Kim Kim masih diteruskan oleh oleh Jabatan Alam Sekitar dan pekerja kontraktor yang bertugas mengikut syif, 24 jam sehari. – 16 Mac, 2019.
Komen